Peguam Negara failkan notis rayuan keputusan pembebasan pertuduhan Muhyiddin
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Peguam Negara failkan notis rayuan keputusan pembebasan pertuduhan Muhyiddin



15 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan salah guna kuasa.


Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata, permohonan yang telah diputuskan oleh mahkamah hanya berkenaan empat pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Tiga lagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ke atas Tan Sri Muhyiddin masih kekal.


Dalam kenyataan media hari ini menyatakan, tarikh sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditetapkan pada 19 September 2023.


Beliau merujuk keputusan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Seterusnya, memerintahkan bekas perdana menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page