PEKADIN RISAU NASIB LEBIH 1,000 PELAJAR POSITIF COVID-19
- Wartawan Nabalu News
- Oct 23, 2020
- 1 min read

23 OKTOBER 2020
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa lebih 1,000 pelajar sekolah yang dikesan positif Covid-19 susulan gelombang ketiga virus berkenaan.
Sambil menyatakan kebimbangan terhadap perkara itu, Naib Presiden Pekadin Luis Lidong berharap semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat berganding bahu memberi penekanan kepada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan pelajar Sekolah.
“Pematuhan SOP amat penting pada ketika ini khususnya di Sabah (yang mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di negara ini setiap hari) bagi membantu membendung penularan pandemik itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dipetik sebagai berkata daripada lebih 1,000 kes positif itu, seramai 587 pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun manakala 670 lagi adalah pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun.
Luis berkata Pekadin turut menyokong keputusan kerajaan menangguhkan kemasukan pelajar baharu di semua institusi pendidikan tinggi (IPT) ekoran peningkatan kes Covid-19.
Semalam, sebanyak 847 kes baharu COVID-19 dikesan di seluruh negara yang mana daripada jumlah itu 578 kes dilaporkan di Sabah.















Comments