Pekerja Kilang Maut Tersepit Conveyer Mesin Pengisar Sawit
- nabalunews
- Oct 15
- 1 min read

15 Oktober 2025
BELURAN: Seorang pekerja kilang pengisar buah sawit maut selepas dipercayai tersepit pada ‘conveyer’ mesin pengisar dalam kejadian di sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit, di sini, hari ini.
Mangsa yang dikenali Bloren Juplish, 32, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.20 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 98 kilometer dari BBP Beluran.
"Sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah dikeluarkan oleh pekerja kilang dengan bantuan anggota polis sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.32 pagi” katanya.


















Comments