Pelajar IPTA dapat subsidi tiket penerbangan bagi laluan Semenanjung, Sabah, Sarawak, Labuan
top of page
  • nabalunews

Pelajar IPTA dapat subsidi tiket penerbangan bagi laluan Semenanjung, Sabah, Sarawak, Labuan


12 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Pelajar-pelajar universiti awam (IPTA) bakal mendapat manfaat menerusi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dengan pemberian baucer digital bernilai RM300 oleh Kerajaan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan bersetuju akan memberikan subsidi RM300 kepada 56,000 pelajar universiti awam (IPTA) bagi laluan domestic Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan


Jelas beliau, inisiatif ini akan bermula pada 15 Ogos dan melibatkan kos sebanyak RM16.8 juta. Beliau berkata, baucar digital itu boleh ditebus untuk membeli tiket penerbangan kelas ekonomi sehala atau dua hala antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.


"Pagi tadi, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.


"Kementerian Pengangkutan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), dan syarikat penerbangan bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif ini,” katanya.


Menurut Anthony, syarat-syarat untuk mendapatkan baucar digital itu adalah pelajar mesti berasal dari Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan dan sedang menuntut di IPTA di salah satu negeri berkenaan.


Beliau juga berkata, baucar digital itu hanya boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan daripada lima syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirlines.


"Tarikh akhir penebusan baucar untuk penebusan tiket adalah pada 31 Oktober 2023. Namun pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan," jelasnya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page