Pelajar perlu seimbangkan masa belajar, bersukan dan e-Sport
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelajar perlu seimbangkan masa belajar, bersukan dan e-Sport


JUARA…Billy Joe (kiri) menyampaikan hadiah kepada Team TDUCK RAMA.

6 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pelajar sekolah perlu bijak membahagikan masa belajar, bersukan dan bermain e-Sport bagi memastikan pencapaian akademik dan sukan tidak terganggu.


Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Donald Peter Mojuntin berkata, pengurusan masa yang baik dapat memastikan pembelajaran dan penglibatan dalam sukan tidak terganggu.


Oleh itu beliau menyeru semua peminat e-Sport yang masih bersekolah supaya menyeimbangkan masa bermain dan belajar.


“Permainan e-Sports banyak manfaat kepada pembangunan minda seseorang tapi ingat ia tidak mengajar kita dalam kecekapan seperti menulis, ucapan oral dan pengetahuan umum.


Donald ketika berucap pada majlis itu.

“Selain itu, keburukannya jika tidak bijak mengurus masa ialah kesihatan dan pergaulan sosial terbatas. Sebab itu, pengurusan masa yang cekap dan mantap amat penting untuk mengurangkan persepsi negatif terhadap –Sports,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan e-Sport Moblie Legend Penampang Open anjuran Pemuda UPKO Penampang, DI Dewan Raya Kg.Dungkahang Penampang, di sini, baru-baru ini.


Pertandingan itu disertai 18 pasukan dengan 108 peserta daripada golongan muda.


Permainan e-Sport di bawah kelolaan badan antarabangsa iaitu The International Esports Federation (IESF) yang dibentuk pada 11 Ogos, 2008, berpusat di Busan, Korea Selatan mempunyai misi agar e-Sports mendapat pengiktirafan sebagai acara sukan yang sah seperti sukan-sukan lain yang dipertandingi dalam Olimpik. IESF kini mempunyai 123 buah negara sebagai ahli, termasuk Malaysia.


Donald berkata, ramai yang mempunyai persepsi negatif terhadap e-Sports, terutama ibubapa kerana bimbang perhatian anak-anak mereka dalam pelajaran akan terjejas jika terlalu bermain dengan e-Sports.


Billy Joe manyampaikan hadiah kepada pasukan tempat kedua.

“Walau pun begitu terdapat banyak penyelidikan menyatakan e-Sports menggalakkan latihan minda, pembuatan strategi, kecekapan dalam penyelesaian masalah, kordinasi tangan-mata dan kebolehan dalam memproses maklumat.


“Selain itu ia juga boleh menjana pendapatan kepada mereka yang berkecimpung secara profesional dalam bidang ini.


“Sebagai contoh ‘top player’ di Malaysia bernama Yap Jian Wei @ Nova kini mengaut pendapatan lebih daripada RM1.9 juta dan pemain yang terkaya di dunia ialah Tyler ‘Ninja’ Blevins yang mempunyai "net worth" USD25 juta. Tyler tidak mendapat pendapatannya daripada "gaming" tapi daripada "streaming" dan "positioning" dalam industrie-Sports.


“Ini menunjukkan e-Sports dapat menjana pendapatan dengan pelbagai cara dan boleh dijadikan sebagai kerjaya,” katanya.


Tempat ketiga.

Sementara itu Ketua Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominic berkata, generasi muda terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu berani menyuarakan masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing terutamanya berkaitan keperluann asas seperti internet.


“Belia perlu bersuara meminta kerajaan menaik taraf internet di Sabah. Hari ini mereka yang berumur 18 tahun boleh sudah mengundi bermakna anda mempunyai hak dan suara yang lebih kuat untuk mendesak kerajaan menyediakan keperluan asas seperti internet,” katanya.


Billy Joe berkata, bagi mereka yang berminat untuk menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat UPKO mengalu-alukannya.


“Kami bersedia membimbing anda untuk menjadi pemimpin di masa hadapan,” katanya.


Mengenai pertandingan itu, beliau mencaangkan agar satu pertandingan peringkat pusat akan diadakan pada masa yang akan ditentukan kemudian.


Pertandingan itu dimenangi oleh Team TDUCK RAMA, Team Ultramen 3 (tempat kedua) dan Kryptonitez (ketiga).

bottom of page