Pelajar Politeknik KK Sertai Komuniti Kampung Melangkap Baru Gotong-Royong Perdana
nabalunews
Sep 8
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 8 September — Pelajar Tahun 2 Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Kinabalu bergotong-royong bersama komuniti Kampung Melangkap Baru membersihkan padang, kawasan lapang serta persekitaran kampung pada 4 September lalu.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melangkap Baru itu bertujuan memastikan kawasan komuniti berada dalam keadaan lebih bersih dan kemas, di samping memupuk nilai kesukarelawanan, kerja berpasukan, kepimpinan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang diwakili Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Melon Yaming, mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat. Melon mengesahkan bahawa sumbangan turut disalurkan bagi melancarkan program itu dan berharap ia dimanfaatkan sebaiknya untuk komuniti.

Kehadiran pelajar ke kawasan kampung itu, menurut Melon, memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti serta memahami kepentingan menjaga kebersihan dan kemudahan awam secara bersama.
Sementara itu, pihak komuniti Kampung Melangkap Baru merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Politeknik Kota Kinabalu, para pensyarah serta semua pelajar yang meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program tersebut. Penganjur berharap kebersamaan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, selaras dengan slogan program: "Bersih Kawasan, Kukuh Komuniti, Eratkan Silaturahim."















It’s encouraging to see second-year civil engineering students applying classroom skills through a village clean-up. I’d love to know whether they also mapped drainage or footpath issues while volunteering, since that practical follow-up could turn one work day into lasting infrastructure improvements.
<a href="https://nano-bananapro.com/
">nano-bananapro</a>