Pelaksanaan Undi18 dikuatkuasa pada Januari 2022 – PMPelaksanaan Undi18 dikuatkuasa pada Januari 2022 – PM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelaksanaan Undi18 dikuatkuasa pada Januari 2022 – PM


30 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Undi18 bermula 1 Jan tahun depan selaras dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuching di Sarawak sebelum ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak merayu terhadap keputusan mahkamah itu walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini berkata dalam satu kenyataan bahawa persiapan untuk pelaksanaanya itu hanya boleh dibuat menjelang September tahun depan.


“Apabila mahkamah membuat keputusan, kerajaan boleh merayu, tetapi bagi menghormati anak muda kita, Kabinet telah putuskan kita tidak akan merayu keputusan yang dibuat oleh mahkamah Sarawak.


"Tiada rayuan bermakna keputusan kekal, bermakna tarikh akhir 31 Disember (untuk laksanakan Undi18), dan 1 Jan, pendaftaran automatik untuk pengundi berumur 18 akan bermula," katanya dalam ucapan beliau pada sambutan Hari Belia Negara 2022 hari ini.


Untuk rekod, pada 3 September lalu, Mahkamah Tinggi di Kuching, Sarawak memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi18 selewat-lewatnya 31 Dis tahun ini.


Ismail berkata, keputusan ini dibuat bagi menunjukkan kepercayaan kerajaan terhadap keupayaan belia untuk menentukan kepimpinan negara pada masa hadapan.


“Kita bukan sahaja akan meminda Undi18, tetapi kita juga akan memastikan umur calon yang layak untuk pilihan raya juga adalah dari umur 18 tahun dan ke atas.


“Jadi, pemimpin belia mesti sediakan pemimpin belia yang berbakat yang kemudiannya boleh bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tags:

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page