top of page

Pelan Pembangunan Beluran 2023 – 2027, antara Tawaran PH Beluran: Felix

Wartawan Nabalu News

Felix ketika mengadakan program bertemu rakyat Beluran.

9 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


BELURAN: Calon Harapan Parlimen Beluran Felix Joseph Saang akan mewujudkan satu Jawatankuasa Besar Peringkat Parlimen bagi Projek Pelan Pembangunan Beluran 2023 - 2027 jika mendapat mandat daripada rakyat Beluran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Felix berkata, pelan pembangunan yang dirancang itu adalah meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut, Labuk dan Telupid


“Jawatankuasa ini bertindak membincangkan agenda pembangunan terancang mengenai kemudahan infrastruktur yang masih tenat di Parlimen Beluran demi kesejahteraan dan kemakmuran warga Beluran,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas lawatan mesra rumah ke rumah di sekitar Kg. Air Beluran, Penempatan Sri Menanti dan Kg Muanad 1, Beluran, hari ini.


Felix berkata, dalam lawatannya itu, beliau mendapati kebanyakan penduduk kampung inginkan pembangunan infrastruktur.


“Pakatan Harapan Beluran berkongsi cadangan Pelan Strategik Menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan komuniti bagi kawasan Beluran sekiranya diberi peluang pada PRU15.


“Antara aspirasi utama Pakatan Harapan Beluran adalah menaiktaraf kemudahan infrastruktur perhubungan merangkumi jalan raya, jalan-jalan kampung, jambatan serta jeti yang menghubungkan rumah dengan jalan besar bagi kawasan berkeperluan tinggi sekitar Parlimen Beluran yang juga merupakan masalah utama sehingga hari ini,” katanya.


Selain itu katanya, beliau juga akan memastikan saluran aduan rakyat untuk maklum balas secara sistematik dan teratur berkenaan kerosakan jalan.


“Ini amat penting agar kerja-kerja penyelenggaraan yang cekap dan pantas dapat dikendalikan bagi mengelak pergerakan penduduk di sekitar tertunda.


“Saya juga melihat perlunya membaikpulih dan menaitaraf papan-papan tanda nama dan arah jalan-jalan kampung yang sudah usang untuk kebaikan dan keselamatan warga penduduk serta pengguna jalan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page