top of page

Pelancong wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat Sembilan Hotel

  • nabalunews
  • 3h
  • 1 min read

ree

7 Disember 2025


KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh di sebuah hotel di Jalan Haji Saman, di sini, hari ini.


Wanita warga China berusia lingkungan 30-an itu ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh di atas sebuah kenderaan di kawasan parkir hotel berkenaan.


Mangsa yang dikatakan berasal dari Beijing difahamkan sedang bercuti di Kota Kinabalu bersama suaminya, tinggal di tingkat sembilan bangunan berkenaan.

ree

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7 pagi.


Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.


"Setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page