top of page

Pelanggaran SIDCA isu pemilikan saham Azam Baki, SC tidak dapat beri kata putus

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 19, 2022
  • 1 min read


19 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ke atas isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak dapat memuktamadkan berlakunya pelanggaran Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) dalam isu tersebut.


Menurut SC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, berdasarkan siasatan yang dijalankan, ia tidak dapat membuktikan terdapat pelanggaran di bawah bawah seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung pemilikan saham menerusi akaun dagangan Azam Baki.

“Dalam hal ini, siasatan itu adalah berkaitan isu sama ada berlakunya potensi pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SIDCA 1991.


“Berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat membuat penemuan konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SIDCA telah berlaku,” katanya.


Tambah SC, sebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia SC ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Sekuriti Malaysia 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA 1991.


Mengulas lanjut, SC berkata Seksyen 25(4) SIDCA memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama yang diberi kuasa.


Pada 6 Januari lalu, SC meminta semua pihak yang terbabit termasuk Azam Baki untuk memberi penjelasan dan pengesahan terhadap kenyataan yang dibuat, di samping mengumpul sebarang bukti yang berkaitan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page