top of page

Pelari wanita cedera parah dilanggar pemandu mabuk

  • nabalunews
  • Aug 10, 2025
  • 2 min read

Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan lalu melanggar seorang wanita yang sedang menjalankan aktiviti larian di Batu 9, Jalan Apas, semalam.
Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan lalu melanggar seorang wanita yang sedang menjalankan aktiviti larian di Batu 9, Jalan Apas, semalam.

10 Ogos 2025


TAWAU: Seorang pelari wanita parah selepas dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Batu 9, Jalan Apas sekitar jam 7.55 malam, semalam.


Kereta dipandu lelaki, 57, itu dilaporkan turut melanggar belakang sebuah Perodua Alza dipandu lelaki, 39, yang sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau dari Taman Ria 11.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, akibat pelanggaraan tersebut, Toyota Hilux hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan kemudiannya melanggar mangsa berusia 41 yang sedang berlari bersama rakan-rakannya dari Bandar Sri Indah menuju T2, Jalan Apas.


"Dalam kemalangan itu, mangsa cedera parah dan kritikal, manakala, kedua-dua pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Hilux memandu di bawah pengaruh alkohol dan ditahan untuk membantu siasatan.


Katanya, siasatan diteruskan di bawah Sek.44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan.


Jika sabit kesalahan, pesalah boleh diikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM50, 000 dan tidak lebih daripada RM100, 000 serta hilang kelayakan memiliki lesen memandu selama 10 tahu.


Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar mengelakkan aktiviti berlari (riadah) di atas jalan raya pada waktu malam kerana berisiko tinggi.


Katanya, penglihatan yang terhad, kehadiran kenderaan bergerak laju, serta kemungkinan pemandu berada di bawah pengaruh alkohol boleh mengundang kepada kemalangan.


"Gunakan laluan jogging atau kawasan yang selamat dan bercahaya bagi memastikan keselamatan diri sentiasa terjamin,"katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page