top of page

Pelatih Pusat Giatmara didedahkan dengan pelbagai kemahiran: Raime

  • nabalunews
  • Apr 27, 2025
  • 1 min read

Raime (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Norhazrilah (Giatmara) dan Mohd Faizal (PPK).
Raime (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Norhazrilah (Giatmara) dan Mohd Faizal (PPK).

27 April 2025


TENOM: Giatmara Tenom mengalu-alukan hubungan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta serta badan korporat di negeri ini.


Pengerusi Penasihat Giatmara Tenom Datuk Raime Unggi berkata, ini penting kepada para pelatih untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.


Katanya, ini kerana para pelatih tidak hanya didedahkan kemahiran sedia ada akan tetapi turut didedahkan pelbagai kemahiran selaras hasrat kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan Dan Latihan dan Vokasional (TVET).


"Langkah ini sekaligus membantu para pelatih dapat meneruskan kelangsungan hidup selepas menamatkan latihan kelak" jelasnya.


Raime yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata demikian kepada media selepas menyaksikan majlis menandantangani hubungan kerjasama antara Giatmara Tenom bersama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom bersempena majlis rumah terbuka hari Raya Aidilfitri Pusat itu di sini.


Mengenai hubungan kerjasama Giatmara Tenom bersama PPK Tenom, Raime berkata, sudah tentu ia akan memberi pendedahan baharu bagi para pelatih di pusat ini dalam bidang automotif pembaikan jentera berat mahupun pertanian.


Sementara itu Pengurus Giatmara Tenom Norhazrilah Latif berkata, hubungan kerjasama adalah memberi manfaat kepada Giatmara di sini dan komuniti setempat keseluruhannya.


"Kita akan bekerjasama dengan PPK Tenom dari segi apa juga program terutama dalam bidang pertanian dan kejenteraan" katanya.


Ahli Jemaah PPK Tenom Mohd Faizal Marius pula berharap dengan kerjasama ini akan memberi impak yang baik kepada Pusat Giatmara dan PPK di sini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page