Pelbagai keperluan penduduk Kadamaian dapat perhatian Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pelbagai keperluan penduduk Kadamaian dapat perhatian Ewon


Ewon diwakili Saikom (kiri) menyampaikan sumbangan.

16 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pelbagai keperluan penduduk kampung kawasan Kadamaian termasuk pembaikan jalan pertanian, tadika dan program wanita mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) diwakili Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Saikom Watis menyampaikan sumbangan itu kepada wakil Tadika Pelita Taginambur, UPKO Tambatuon dan UPKO Kota Belud, baru-baru ini.


Ewon berkata sumbangan untuk Tadika Pelita Taginambur bagi membeli printer untuk proses pembelajaran murid-murid.



“Manakala sumbangan untuk Cawangan UPKO Tambatuon dan UPKO Bahagian Kota Belud pula untuk membaiki jalan pertanian kampung itu dan program wanita bahagian yang telah dirancang,” katanya.


Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah dan keperluan mendesak penduduk kampung.


“Saya memahami bahawa jalan pertanian adalah keperluan utama penduduk kampung, oleh itu saya bersetuju menyalurkan sumbangan membaiki jalan pertanian yang diperlukan di Kampung Tambatuon,” katanya.




bottom of page