Peluang memenangi hadiah RM1 juta dan kereta setiap minggu dalam program realiti One In A Million
- nabalunews
- Nov 7, 2024
- 2 min read

7 November 2024
KOTA KINABALU: Sesi uji bakat program realiti One In A Million (OIAM) yang menawarkan hadiah wang tunai RM 500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM 400,000 serta peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia bagi peserta dari Sabah akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 9 dan 10 November ini.
Antara juri sesi uji bakat ialah 2 penyanyi popular dari Sabah, Rich dari kumpulan Estranged dan Velvet Aduk.
Menurut penganjur, sesi uji bakat program terbitan TV3 ini akan bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.
Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.
Sebelum ini sesi uji bakat OIAM Uji diadakan di reruai OIAM di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall bermula jam 9 pagi hingga 8 malam ini pada 2 dan 3 November lalu dengan guru vokal terkenal, Cikgu Sarah Ismail dan komposer, AG Coco, menjadi juri uji bakat berkenaan.
Terdahulu, Calpis Soda, minuman kultur berkarbonat berperisa baharu di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kembalinya program ikonik “One In A Million” (OIAM) selepas 15 tahun.
Kini, Calpis Soda One In A Million hadir dengan format baharu yang segar dan ganjaran luar biasa untuk menginspirasi pemuzik berbakat di seluruh negara, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai pertandingan pencarian paling unggul negara.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000, sebuah kereta, dan kontrak rakaman bernilai RM 400,000, dan peluang bekerjasama dengan artis dari Indonesia.
Lebih hebat lagi, penonton berpeluang memenangi sebuah kereta setiap minggu dari Calpis Soda OIAM menjadikan keseluruhannya 7 buah kereta diberikan
sepanjang musim.
Sebagai perintis kategori minuman kultur, Calpis yang mula dijual pada tahun 1919, kini bersatu dengan program muzik realiti bersejarah Media Prima, yang pernah diterbitkan di 8TV pada tahun 2006.
Gabungan dua jenama unggul ini dijangka mencipta sejarah baharu dengan memperkenalkan semula program ikonik ini di TV3 dengan misi menyediakan pengalaman muzik yang segar buat rakyat Malaysia.
Dengan satu tujuan iaitu memberikan pengalaman baru kepada penonton bagi menikmati program muzik, Calpis bersama Media Prima membawakan Calpis Soda One In A Million kepada peserta dan penonton bagi mengangkat program muzik ke tahap lebih tinggi.
Ia bukan sekadar kemunculan semula yang biasa, ia menjadikan Calpis Soda OIAM sebuah program muzik terbesar dan terbaik di Malaysia.
Comentarios