Pemadam gesa kerajaan tingkat kempen kesedaran bahaya rokok, vape
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemadam gesa kerajaan tingkat kempen kesedaran bahaya rokok, vape


5 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik atau vape, kata Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).


Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Pemadam, Datuk Jamelah A. Bakar, berkata ketagihan rokok dan vape boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah jenis lain.


Beliau bimbang dengan data yang menunjukkan 43,019 pelajar sekolah menengah terlibat dengan tabiat merokok dan penggunaan vape.


“Kerajaan juga perlu mengawal penularan penggunaan vape secara serius. Selain itu, ada institusi skim pembiayaan peniagaan yang memberi pinjaman mudah kepada pemohon yang mahu berniaga vape,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.


Dalam pada itu, beliau turut menyokong aspirasi kerajaan untuk mewujudkan Generasi Penamat Rokok dan yakin Kementerian Kesihatan (KKM) dapat membentang Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang akan mengawal penggunaan vape dan rokok.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata saringan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati 43,019 pelajar merokok.


Beliau berpendapat akta tersebut dapat menyelesaikan masalah percukaian terhadap produk itu dan mengawal aktiviti pengiklanan dan promosi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page