top of page

Pemaju Mukim Pinol Timun Sampaikan Sumbangan Touchpoint Takziah di Kampung Tolungan

  • nabalunews
  • 1 minute ago
  • 1 min read

2 Februari 2026


KOTA BELUD: Pemaju Mukim Pinol Timun daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian telah menyampaikan sumbangan Touchpoint Takziah kepada sebuah keluarga yang ditimpa musibah di Kampung Tolungan, di sini, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan penduduk setempat.


Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Emy Sarapon selaku wakil penerima bagi keluarga Seirim Salanie, mewakili Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menteri III merangkap ADUN N11 Kadamaian. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, khususnya ketika berhadapan dengan saat-saat sukar.


Menurut Pemaju Mukim Pinol Timun, penyampaian sumbangan Touchpoint Takziah ini bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mendiang di samping menzahirkan rasa empati dan keprihatinan kepimpinan terhadap masyarakat di peringkat akar umbi. Pendekatan turun padang ini juga dilihat sebagai medium penting dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat.


Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan serta program pembangunan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi kepimpinan Datuk Ewon Benedick dalam membentuk komuniti yang prihatin, inklusif dan sejahtera.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page