top of page

Pemaju Mukim Sempurnakan Penutupan Program Pencegahan Kebakaran di Kampung Gensurai

  • nabalunews
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News :Kidd


28 Mac 2026


KOTA BELUD: Pemaju Mukim Hadlee Panchai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah mewakili Datuk Ewon Benedick dalam menyempurnakan majlis penutupan Program Ceramah Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Gansurai, di sini.


Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung.


Program anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Kota Belud ini melibatkan penyertaan wakil setiap isi rumah di Kampung Gansurai. Antara objektif utama penganjuran adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap punca-punca kebakaran rumah serta mendidik masyarakat mengenai langkah-langkah pencegahan yang berkesan bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Selain ceramah keselamatan, turut diadakan penyerahan sumbangan alat pemadam api yang disumbangkan oleh Datuk Ewon Benedick kepada penduduk kampung. Pihak JBPM turut mengadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api sebagai pendedahan praktikal kepada peserta, sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat dalam menghadapi situasi kecemasan.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh tahap kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi risiko kebakaran. Usaha berterusan ini dilihat penting demi menjamin keselamatan komuniti serta melindungi harta benda dan nyawa penduduk setempat.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page