Pemanah Sekolah Vision Sandakan Raih Perak dan Gangsa di Kejohanan Memanah Singapura
19 November 2024
SANDAKAN: Eunice Hing, seorang atlet dari Kelab Memanah Sekolah Vision Sandakan, mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara 30 meter di Kejohanan Memanah yang berlangsung di Girls' Brigade Headquarters, Upper Serangoon, Singapura.
Turut mengharumkan nama kelab dan sekolah, Nicholas Yeo, rakan sepasukan Eunice yang membawa pulang pingat gangsa dalam acara 30 meter lelaki.
Selain Eunice dan Nicholas, dua lagi atlet dari kelab yang sama, Joshua dan Caden, turut mewakili daerah Sandakan di kejohanan peringkat antarabangsa ini.
Penyertaan mereka mencerminkan usaha gigih kelab untuk melahirkan atlet memanah cemerlang yang berpotensi tinggi.
Kejayaan ini antara pencapaian terbaik dalam sejarah kelab berkenaan.
Pihak sekolah turut menyampaikan ucapan tahniah kepada atlet berkenaan yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan negara di pentas antarabangsa.
Comments