top of page

Pemandu lori treler bawa kayu balak maut tersepit dalam kemalangan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

3 Disember 2025


TAWAU: Seorang pemandu lori treler yang membawa muatan kayu balak, dilaporkan meninggal dunia selepas tersepit dalam kenderaan dipandunya itu dalam kemalangan dekat Maliau-Basin, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa lelaki, 40a-an itu berjaya dikeluarkan pasukannya dengan menggunakan peralatan khas (rescue tool).


Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

GamPemandu lori treler membawa muatan kayu balak maut selepas tersepit dalam kenderaan dipandunya itu di kawasan Jalan Maliau Basin,
GamPemandu lori treler membawa muatan kayu balak maut selepas tersepit dalam kenderaan dipandunya itu di kawasan Jalan Maliau Basin,

Terdahulu, katanya, sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 pagi dan tiba pada jam 12.02 tengah hari atas faktor jarak sejauh 133 kilometer.


“Komander Operasi melaporkan kemalangan itu membabitkan sebuah lori treler membawa muatan kayu balak yang terbabas lalu terbalik di bahu jalan, manakala pemandunya tersepit di dalam kenderaan tersebut dan dikeluarkan pihaknya,”katanya dalam kenyataan, hari ini.


Jemishin berkata, pasukannya menamatkan operasi pada jam 1.19 petang selepas memastikan keadaan selamat di lokasi kejadian.


Operasi tersebut, katanya, turut membabitkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan, polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page