top of page

Pemantauan dipergiat, KPDN Labuan kompaun tiga peniaga

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

13 Februari 2026


LABUAN: Tiga peniaga luar bandar di sini dikenakan kompaun dalam operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan.


Menerusi kenyataan hari ini, KPDN Labuan berkata tindakan itu diambil susulan pemeriksaan pematuhan premis perniagaan pada Khamis bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan serta melindungi hak pengguna.


"Dua peniaga dikenakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana gagal meletakkan tanda harga jualan tunai pada barangan yang dipamerkan untuk tujuan perdagangan.

"Sementara itu, seorang lagi peniaga runcit dikenakan tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan semula bagi tujuan perdagangan selepas didapati tempoh sah lakunya telah tamat pada 24 Julai 2025," katanya.


Dalam operasi sama, pemeriksaan ke atas 30 premis perniagaan lain di sekitar Labuan mendapati peniaga terlibat mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan.


KPDN Labuan dalam pada itu menegaskan komitmen untuk terus memperkasakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan, khususnya menjelang musim perayaan.


"Pemantauan ini bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi peraturan serta pengguna dapat menjalankan urusan pembelian dalam suasana perdagangan yang adil serta teratur di kawasan bandar mahupun luar bandar.


"Peniaga diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan penandaan harga dengan jelas dan tepat, manakala pengguna disaran peka terhadap hak mereka serta melaporkan sebarang salah laku melalui saluran rasmi KPDN," katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page