top of page

Pembangunan Vendor Bumiputera diperkasa, produk inovasi minyak penebat sawit pertama dilancar

  • nabalunews
  • Oct 2
  • 1 min read

ree

2 Oktober 2025


SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Glide Technology Sdn. Bhd. bagi meninjau operasi pengilangan syarikat.


Pada lawatan itu beliau turut merasmikan Makmal Penyelidikan Baharu yang dilengkapi peralatan ujian moden hasil sokongan geran Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV).


PPKV merupakan insentif geran di bawah Program Pembangunan Vendor yang memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti syarikat vendor Bumiputera melalui latihan, akreditasi, pensijilan serta akses pasaran. Usaha ini bertujuan memperkukuh daya saing vendor tempatan agar mampu menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

ree

Inisiatif ini seiring dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) yang menekankan penskalaan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS), sekali gus memperkukuh peranan mereka dalam pembangunan sosioekonomi negara serta meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi.


Pada majlis sama, Ewon turut melancarkan MPOB-GLIDE Palm Oil-Based Insulating Oil, iaitu minyak penebat pertama berasaskan 100% minyak sawit yang dihasilkan syarikat Bumiputera hasil kerjasama strategik dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

ree

Dalam ucapannya, Ewon menegaskan bahawa sokongan KUSKOP melalui pelbagai inisiatif pembangunan vendor mampu memperkukuh kedudukan Glide Technology Sdn. Bhd. dalam ekosistem keusahawanan negara, sekali gus menjadi pemacu penciptaan peluang pekerjaan dan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page