top of page

PEMBERSIHAN SUNGAI UTAMA SKIM LIMBAWANG, KURANGKAN RISIKO BANJIR

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 30, 2020
  • 1 min read

30 NOV 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

BEAUFORT: Pembersihan sungai utama skim Limbawang, dekat sini diyakini akan mengurangkan risiko banjir di beberapa kampung berhampiran yang sebelum ini turut menjejaskan laluan utama penduduk.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan skim Limbawang disebabkan ketiadaan penyelenggaraan.

"Saya dimaklumkan kerja-kerja pembersihan sungai utama skim Limbawang telahpun dimulakan. Dalam lawatan ini saya berkesempatan meninjau keadaan anak sungai yang menjadi punca kepada banjir di kawasan ini.

"Selain menjejaskan laluan utama penduduk, banjir kilat ini juga turut menjejaskan tanaman kelapa sawit serta pengusaha untuk mengeluarkan hasil disebabkan beberapa saluran tersumbat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan dan perbincangan bersama jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort, di jalan Limbawang bypass.

Dalam tinjauan itu, Isnin ditemani Jurutera JPS Beaufort, Pg Ismail Pg Osman turun padang bagi melihat sendiri keadaan anak sungai yang menjadi punca banjir kilat di Kampung Pintas, Kg Kubu dan Kg Selagon.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias memberi jaminan akan melakukan yang terbaik menyelesaikan masalah yang diutarakan penduduk kampung.

Katanya lagi, peruntukan bagi projek pembersihan itu telah disediakan dan kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page