top of page

PEMBINAAN 13 MENARA TELEKOMUNIKASI DI PITAS AKAN DIPERCEPATKAN: RUDDY

  • nabalunews
  • Oct 12, 2020
  • 1 min read

Ruddy (empat kiri) ketika melawat di Kampung Mengkapon.

12 OKTOBER 2020

PITAS: Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Ruddy Awah akan membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempercepatkan pembinaan 13 menara telekomunikasi baharu daerah ini.

“Saya akan membantu mempercepatkan pembinaan menara-menara di daerah ini, agar rakyat dapat menikmati liputan internet yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian, selepas menziarah Kampung Mengkapon, berikutan video tular penduduk kampung tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif untuk mendapat liputan Internet.

Di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1, sebanyak 50 menara telekomunikasi baharu akan didirikan di Sabah.

Daripada jumlah tersebut, 13 menara baharu akan didirikan di Pitas.

Menurut MCMC, Kampung Mengkapon telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan menara berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page