top of page

Pembinaan jambatan di Nabawan, SESB dan JANS perlu serah dokumen kepada JKR pada 14 Februari ini

  • nabalunews
  • Feb 9, 2025
  • 1 min read

9 Februari 2025


NABAWAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diminta untuk menyerahkan dokumen skop dan anggaran kerja terkini pemindahan utiliti masing-masing.


Semua dokumen berkenaan projek naiktaraf Jambatan Sungai Pancuran itu diminta dihantar kepada Wakil Pegawai Penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) selewat-lewatnya 14 Febuari depan.


Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan Ahmad Fairuz Yunus berkata, perkara ini telah dicapai dalam mesyuarat Tapak dan Penyelarasan Utiliti Bil. 06 pada Khamis lepas.


Katanya, mesyuarat yang dihadiri wakil SESB dan JANS itu membincangkan kelewatan kerja pembinaan projek naiktaraf jambatan sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township yang sepatutnya bermula pada 25 Mac tahun lalu.


“Walaubagaimanapun, wakli dari TM tidak menghantar wakil dalam mesyuarat penting itu.


"Penyerahan dokumen-dokumen berkaitan pemindahan utiliti agensi-agensi yang terlibat perlu diserahkan kepada JKR bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan oleh kontraktor" katanya.


Baru-baru ini penduduk di daerah ini mempersoalkan kelewatan pembinaan naiktaraf jambatan sungai Pancuran Nabawan yang kontraktornya sudah dilantik.


Mengikut kenyataan papan tanda projek naiktaraf jambatan sungai Pancuran di kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township itu, tarikh mula pembinaannya sepatutnya pada 25 Mac 2024 dan tarikh siap pada 25 September tahun ini.


Difahamkan, kelewatan kerja-kerja pembinaannya disebabkan pemindahan utiliti yang belum selasai kerana agensi berkaitan lewat bertindak.


Ini yang menimbulkan persoalan penduduk di daerah ini dan ada yang mempersoalkan sama ada jambatan ini benar-benar akan dibina atau sebaliknya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page