top of page

Pembinaan Pusat Islam Sandakan capai kemajuan 90 peratus

nabalunews
Mar 4
1 min read

4 Mac 2026


SANDAKAN: Pembinaan Pusat Islam Sandakan di Kampung Sungai Kayu kini mencapai kemajuan 90 peratus dengan struktur seni bina luaran kompleks itu hampir siap sepenuhnya.


Arkitek Projek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar berkata, ketika ini pihaknya memberi tumpuan kepada kerja-kerja kemasan dalaman termasuk pemasangan jubin serta pemasangan Glass Fibre Reinforced Concrete (GFRC) bagi reka bentuk geometri hiasan dalaman masjid.


"Kerja-kerja di bahagian luar terjejas sedikit oleh faktor cuaca kerana sekurang-kurangnya tiga hari tanpa hujan diperlukan untuk memastikan proses pembinaan berjalan dengan lancar.

"Pihak kontraktor juga telah diminta untuk menambah bilangan pekerja di tapak binaan bagi memastikan baki kerja dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat sempena lawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke tapak pembinaan Pusat Islam Sandakan, pada Rabu.


Pusat Islam Sandakan dijangka siap pada penghujung Mei 2026 namun pihak kontraktor berharap dapat menyiapkannya lebih awal.


Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, Pusat Islam Sandakan direka bentuk sebagai pusat penyebaran syiar Islam dan penyatuan ummah khususnya di daerah Sandakan.


Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila Hazem Mubarak Tun Musa, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Walter Kenson serta Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner George Abd Rakman.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page