top of page

Pemerkasaan wanita asas kemajuan masyarakat – Madius

  • nabalunews
  • Jun 23
  • 1 min read

23 Jun 2025


TAMPARULI: “Pemerkasaan wanita merupakan asas penting dalam menjamin kemajuan masyarakat secara menyeluruh,” kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.


Menurutnya, usaha memperkasa wanita bukan saja menyentuh soal pemberian hak dan peluang yang saksama, malah turut merangkumi akses kepada pendidikan berkualiti serta pembukaan ruang pekerjaan dan keusahawanan.


Selain itu katanya, penglibatan golongan wanita dalam proses membuat keputusan berkaitan pembangunan komuniti dan negara juga perlu digalakkan.


“Apabila wanita diberikan ruang dan kuasa untuk berkembang, kita bukan sahaja mewujudkan keseimbangan gender, tetapi juga memastikan pembangunan yang lebih inklusif, adil dan berdaya tahan,” katanya.


Madius berkata demikia ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Pewanisa 2025 di Kampung Bontoi, di sini, semalam.


Menurutnya, sambutan Kaamatan bukan sekadar perayaan untuk meraikan hasil tuaian padi, malah turut menjadi platform memperkukuhkan perpaduan, mempertahan warisan budaya dan mengiktiraf peranan penting wanita dalam masyarakat.


“Tema "Kaamatan Montok Toinsanan" bukan sahaja melambangkan rasa kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan, tetapi turut mengingatkan kita tentang kepentingan memperkukuh peranan insan, termasuk wanita dalam semua aspek kehidupan.


“Sebagai Ahli Parlimen, saya amat percaya bahawa setiap usaha untuk memperkasa wanita akan membawa manfaat besar kepada komuniti secara keseluruhan. Ia adalah pelaburan kepada masa depan negara,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page