top of page

Pemilihan JKKK Kg. Penempatan Saksi 85 Pengundi Tunai Tanggungjawab

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

13 February 2026


KOTA BELUD: Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) N11 Kadamaian bagi Kampung Penempatan Kota Belud, Mukim Wariu, berlangsung dengan lancar dan teratur dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang, hari ini.


Proses pengundian tersebut menyaksikan seramai 85 pengundi hadir menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam suasana yang aman serta terkawal.


Dalam pemilihan itu, Calon No. 2, Raim Ginsos, berjaya meraih undi tertinggi sebanyak 35 undi, sekali gus mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi JKKK bagi penggal 2026 hingga 2030. Beliau menewaskan empat pencabar lain iaitu Calon No. 1, Soromon Limpakan yang memperoleh 23 undi; Calon No. 3, Masijoh Kadi (17 undi); Calon No. 4, Sanyawati Limpakan (7 undi); dan Calon No. 5, Jinun Rongkom (3 undi).

Proses pemilihan dikendalikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Fandhy Rajin bersama Pemaju Masyarakat, Elycia Sikul serta Pemaju Mukim, Pinol Timun. Turut hadir meninjau kelancaran proses pengundian ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Ukoh @ Jeremmy Malajad dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, yang turun padang bagi memastikan perjalanan pemilihan berjalan dengan baik dan teratur.


Secara keseluruhannya, proses pemilihan Pengerusi JKKK Kampung Penempatan Kota Belud berlangsung dengan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini. Keputusan rasmi yang diumumkan menyaksikan Raim Ginsos terus diberikan mandat oleh penduduk kampung untuk memimpin dan menerajui JKKK bagi tempoh empat tahun akan datang.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page