Pemilik hartanah DBKK dinasihatkan bayar cukai kadaran sebelum akhir bulan Jun
- nabalunews
- 8 hours ago
- 1 min read

23 Mei 2025
KOTA KINABALU: Pemilik hartanah di kawasan perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) diingatkan untuk menyelesaikan pembayaran cukai kadaran sebelum atau pada 30 Jun bagi mengelakkan daripada tertanggung tunggakan cukai.
DBKK menegaskan bahawa pembayaran cukai kadaran yang tertangguh akan dikenakan caj faedah serta caj notis peringatan.
Pembayaran cukai kadaran boleh dilakukan dengan mudah melalui empat kaedah utama, termasuk menggunakan perkhidmatan DBKK e-Services di https://eservices.dbkk.sabah.gov.my, Jompay (Biller Code: 56739), PBTPay di https://pbtpay.kpkt.gov.my, atau di Kaunter Pembayaran DBKK.
Menurut Seksyen 87 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Negeri Sabah), kegagalan untuk membayar cukai akan mengakibatkan tindakan undang-undang, termasuk pelaksanaan lelongan hartanah. Oleh itu, semua pemilik hartanah di kawasan Kota Kinabalu diminta untuk bertindak segera bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau denda.
"Pembayar cukai di kawasan perkadaran DBKK perlu memikul tanggungjawab untuk membayar cukai yang dikenakan atau memaklumkan kepada Jabatan Penilaian, DBKK sekiranya berlaku pemindahan hak milik hartanah, bangunan sedia ada dirobohkan, penambahan bangunan dan pertukaran kegunaan," kata pihak DBKK dalam satu kenyataan.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bil Cukai Kadaran, pemilik hartanah boleh menghubungi DBKK di talian 088-521898, 521758, atau 521759.
Comments