Pemimpin masyarakat disaran kemaskini data kampung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemimpin masyarakat disaran kemaskini data kampung


31 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Pemimpin masyarakat perlu turun padang untuk mengemas kini data dan profil kampung mereka bagi memudahkan kerajaan membantu komuniti setempat.


Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata pemimpin masyarakat adalah jambatan antara kerajaan dan rakyat.


Beliau berkata pemimpin masyarakat juga perlu sensitif terhadap maklumat palsu atau fitnah yang bertujuan memburukkan kerajaan.


“Pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan harus disebarkan dengan betul kepada masyarakat, agar disebarkan secara meluas kepada masyarakat dengan pemahaman yang betul, bukan disalah tafsirkan atau sengaja dipersenda-remehkan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Integriti, Mediasi, Peranan dan Tanggungjawab Ketua-Ketua Kampung N.6 Bandau di Dewan PPR Taman Korongkom Jaya, di sini, semalam.


Dalam majlis itu, beliau turut menyerahkan bantuan barangan makanan kepada penduduk setempat.


Redonah yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata pemimpin masyarakat perlu memberikan perkhidmatan yang bermutu dan peka dengan keperluan rakyat.


Beliau berkata pemimpin masyarakat juga perlu memastikan perpaduan dan permuafakatan terjalin dengan erat dan produktif di kalangan masyarakat setempat.


“Adalah menjadi tanggungjawab utama pemimpin masyarakat untuk mengenal pasti keperluan penduduk di kawasan mereka bagi memastikan wujudnya penyelarasan projek-projek pembangunan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page