Pemimpin tertinggi UPKO beri penghormatan terakhir kepada Toh Puan Rahimah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pemimpin tertinggi UPKO beri penghormatan terakhir kepada Toh Puan Rahimah


Dompok dan Ewon memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

14 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Para pemimpin tertinggi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Toh Puan Rahimah Stephens, balu bekas Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Mohd Fuad Stephens.


Rombongan itu diketuai Tan Sri Bernard Dompok, turut serta memberi penghormatan terakhir Timbalan Presiden UPKO Datuk Donald Peter Mojuntin dan Naib Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.

Rahimah meninggal dunia pada usia 92 tahun awal pagi tadi.


Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu rawatan di hospital swasta selepas terjatuh hujung minggu lalu.


Pada era kerajaan Berjaya, Rahimah adalah bekas wakil rakyat Kiulu dan Menteri Perkhidmatan Masyarakat.


Rahimah juga merupakan Ahli Majlis Penasihat UPKO.


Sementara itu, Ewon menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Toh Puan Rahimah.

bottom of page