top of page

Pemuda UPKO Keningau Santuni Masyarakat Melalui Program Mesra Rakyat dan Penyerahan Bakul Makanan

  • nabalunews
  • May 11
  • 1 min read


11 Mei 2025


KENINGAU: Sebagai usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat luar bandar, Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Keningau telah menganjurkan Program Mesra Rakyat dan Penyerahan Bakul Makanan di Kampung Tuad Bundu, Keningau pada 10 Mei 2025.


Majlis penyerahan bantuan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pemuda UPKO Keningau, Jeffsonzo Japrin, yang menyerahkan sebanyak 33 bakul makanan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


Menurut beliau, program seumpama ini merupakan sebahagian daripada komitmen Pemuda UPKO dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan, sejajar dengan aspirasi parti dalam memperkukuh keprihatinan sosial di peringkat akar umbi.


Jeffsonzo menegaskan bahawa Pemuda UPKO akan terus komited melaksanakan program seumpama ini secara berkala bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara menyeluruh dan inklusif.


“Sebagai wakil suara belia dan masyarakat, kami akan terus memperjuangkan agenda kebajikan serta memperkukuh jalinan kerjasama dengan penduduk setempat demi kesejahteraan bersama,” ujar beliau.


Ketua Kampung Tuad Bundu, Bitus Kurutok, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemuda UPKO Keningau atas penganjuran program tersebut yang disifatkan sangat membantu meringankan beban masyarakat kampung, khususnya golongan berkeperluan.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, serta Ketua Bahagian UPKO Keningau, Datuk Laurentius Nayan Ambu, yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program kebajikan di peringkat bahagian dan kampung.


Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Generasi Muda (GEM) UPKO Keningau, Muhammad Haisam Hamzani, Timbalan Ketua Pemuda, Maxson Marcus, Naib Ketua Pemuda, Zamirzan Jamain dan Blexby Alexsius, Timbalan Setiausaha, Marxwell Marcus, serta barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian.


Program ini bukan sahaja mencerminkan nilai murni dalam kalangan kepimpinan muda UPKO, malah memperlihatkan keutuhan hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page