top of page

Pemuda UPKO Penampang cadang pemilihan diadakan untuk JPKK di Moyog

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 10, 2022
  • 1 min read

10 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ketua Pemuda UPKO Penampang Billy Joe Dominic mencadangkan supaya diadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Pengurusan Kemajuan Kampung (JPKK) di kawasan Moyog.


Beliau berpendapat, adalah lebih baik sekiranya JPKK dilantik oleh penduduk sendiri melalui pemilihan terbuka.


“Saya menerima banyak aduan mengenai kesesuaian JPKK yang dilantik di Moyog. Rata-rata Penduduk kampung mahu diberi kuasa untuk memilih JPKK yang mereka rasa mampu mengalas tanggungjawab sebagai JPKK.


“Saya bersetuju dengan pendapat penduduk kampung di Moyog, mereka lebih tahu dan kenal siapa yang mereka rasa boleh bekerja,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Billy Joe berkata, pemilihan JPKK bukan satu perkara asing, ianya pernah di laksanakan sebelum ini.


JKKK yang dipilih oleh penduduk kampung pada ketika itu masih mampu berkerjasama dengan Wakil rakyat dan wakil kerajaan dengan baik,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page