top of page

Tiga Motosikal Disita, 12 Saman Dikeluarkan

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

18 Mei 2025


LAHAD DATU: Tiga motosikal disita dalam operası Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, semalam.


Dalam operasi selama lapan jam bermula jam 9 malam itu, sebanyak 12 saman turut dikeluarkan terhadap pesalah lalu lintas.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, operası dilaksanakan dengan melibatkan kekuatan lapan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Katanya, antara kawasan tumpuan operasi ialah Jalan Pan Borneo, Bandar Fajar, Bandar Sri Perdana dan Jalan Airport.


“Seramai 42 individu diperiksa, 30 kenderaan dan 15 advokasi keselamatan jalan raya dijalankan kepada pengguna.


“Hasil operasi ini, sebanyak 12 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, termasuklah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos dan langgar lampu isyarat merah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, selain itu, pasukan operası turut menyita tiga motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,


Sehubungan itu, Jimmy berkata, Polis Daerah Lahad Datu terus komited memerangi aktiviti samseng jalanan yang mengganggu gugat keselamatan awam.


“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan kelakuan samseng jalanan yang boleh membahayakan pengguna lain.


“Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten demi keselamatan bersama,”katanya.


Sehubungan itu, Jimmy berkata, orang ramai disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.


Katanya, masyarakat juga diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penguatkuasaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page