"Tembirowoo War" johan tarik tali sempena Pesta Kaamatan Sook
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

18 Mei 2025
SOOK: Pasukan Tembirowoo War yang mewakili Mukim Tulid muncul johan pertandingan tarik tali sempena sukan rakyat Pesta Kaamatan Daerah Sook yang berlangsung di padang pekan di sini, semalam.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh pasukan Ansip yang mewakili Mukim Ansip dan Limatok Sook yang mewakili Mukim Sook.
Tempat keempat jatuh kepada pasukan Rinukut yang mewakili Mukim Tiulon.
Sementara johan bagi sukan tradisi Rampanau kategori lelaki disandang oleh Sansius dan diikuti oleh Ye dan Mohd Shamir di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori perempuan, Puan Aini Rintin Gan menduduki tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Puan Rasinah Ouripin dan Cik Noratikah Kahani.
Selain pertandingan tarik tali dan rampanau, pertandingan melastik, menyumpit, dan gusti tangan turut diadakan.
Sukan rakyat Pesta Kaamatan Daerah Sook dilancarkan oleh Pegawai Daerah Sook Puan Caroline Benjamin Jiungan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sook.
Comments