PENAMATAN PKPD DI KG DASAR BAHARU DAN KG DESA BAJAU LAHAD DATU

28 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Dasar Baharu dan Kg Desa Bajau, Lahad Datu akan tamat esok (29 Dis).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di dua lokaliti itu bermula 2 Disember lalu yang kemudiannya dilanjutkan lagi dan dijadualkan tamat pada 29 Disember.
“Sehingga 15 Disember, KKM telah melaksanakan sebanyak 2,174 ujian saringan. Sebanyak 274 kes Positif Covid-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti ini iaitu 259 orang di Kg. Desa Bajau dan 15 orang di Kg. Dasar Baru,” katanta dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, bagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes positif Covid-19 di kedua- dua lokaliti itu menunjukkan tren penurunan dan terkawal.
“Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kg Dasar Baharu dan Kg Desa Bajau, Lahad Datu pada 29 Disember (esok) seperti yang dijadualkan,” katanya.
Comments