PENAMATAN PKPD PENJARA TAWAU PADA 25 OKT

23 OKTOBER 2020
OLEH WARTAWAN NABALU NEWS
KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau pada 25 Oktober ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun begitu, lokaliti berkenaan masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh Sabah.
“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau sejak 11 September sehingga 25 September ini yang kemudian dilanjutkan lagi ke 25 Oktober.
“Sehingga 21 Oktober, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat 1,250 saringan di Penjara Tawau manakala 1,196 saringan kakitangan di kuarters Taman Ehsan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ismail Sabri berkata, sehingga kini tiada lagi kes aktif direkodkan di Penjara Tawau manakala hanya dua kes di Kuarters Penjara Taman Ehsan dan sedang menerima rawatan.
Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau pada 25 Oktober ini seperti yang telah dijadualkan.
Yorumlar