"Penampang Cops" Pamer Semangat Juang Tinggi Di Piala Pesuruhjaya Polis Sabah 2026
- nabalunews
- 7 hours ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
6 April 2026
KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, "Penampang Cops", telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Pesuruhjaya Polis Sabah 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 5 April 2026 di sekitar Kota Kinabalu.
Penyertaan tersebut bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota IPD Penampang.
Sepanjang kejohanan, Penampang Cops mempamerkan semangat juang tinggi walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan lain dari seluruh Kontinjen Sabah, termasuk IPD-IPD dan Pasukan Polis Marin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, hadir memberi sokongan padu kepada pasukan dan turut mengambil bahagian dalam perlawanan khas yang membariskan pasukan Pesuruhjaya Polis Sabah menentang pasukan Ketua-Ketua Polis Daerah.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dalam sukan bola sepak, malah mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh Sabah.

IPD Penampang akan terus komited menyokong penglibatan pegawai dan anggota dalam aktiviti sukan sebagai usaha meningkatkan kecergasan fizikal, kesejahteraan mental serta membina semangat kerja berpasukan yang mantap.















Comments