Penanam koko, pesawah padi di Kadamaian, terima bantuan

1 Ogos 2024
KOTA BELUD : Prihatin dengan keperluan penanam koko dan pesawah padi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, satu majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk tiga kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN Kadamaian), diadakan baru-baru ini bertempat di pekarangan kedai BB Enterprise di Tamu Darat,
pada 30 Julai.
Sumbangan ini adalah daripada peruntukan touchpoint Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Barangan keperluan bernilai keseluruhan RM9,000 itu disampaikan kepada wakil penduduk Kampung Bahab, Kampung Tambulion Ulu dan Kampung Tambatuon.
Menerima bagi pihak penduduk Kampung Bahab ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahab, Taisin Dorisi yang mendapat sumbangan peralatan dan barang keperluan seperti zink untuk kegunaan pembaikan atap dewan komuniti Kg. Bahab yang rosak akibat dihempap pokok tumbang baru-baru ini.
Sumbangan touchpoint ini disampaikan oleh Pemaju Masyarakat di pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil.
Sumbangan paip PVC 8 inci turut disampaikan bagi kegunaan khas pesawah padi di kawasan Molontop Tambulion Ulu, Kadamaian untuk penyaliran air ke sawah padi daripada parit besar.
Sumbangan diserahkan Clarence kepada
Pengerusi Pengerusi JKKK Kg. Tambulion Ulu, Hildawati Sikol.
Keperluan penduduk Kg. Tambatuon khususnya penanam koko tidak dilupakan.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis menyerahkan sumbangan berupa zink lut sinar khas untuk digunakan sebagai atap dan dinding tempat pengeringan biji koko di Kinotoki Kilombun Kg. Tambatuon.
Sumbangan ini diterima Magret Darusin selaku wakil penanam koko Kadamaian.
Comentários