top of page

Pendakian Gunung Kinabalu terjejas akibat cuaca buruk, pendaki diminta berwaspada

  • nabalunews
  • Oct 24, 2024
  • 1 min read

Gambar Facebook Sabah Park

24 Oktober 2024


KUNDASANG: Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (Taman-Taman Sabah) hari ini mengeluarkan amaran kepada semua pendaki, malim, porter, dan staf yang terlibat dalam aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu agar lebih berhati-hati susulan keadaan cuaca buruk yang melanda kawasan itu.


Cuaca hujan lebat, angin kencang, dan kabus tebal telah menyebabkan beberapa insiden di sepanjang laluan pendakian Summit Trail, termasuk tanah runtuh di Km 3.8 serta pokok tumbang di Km 1.6 dan Km 0.6.


“Pendaki dinasihatkan agar sentiasa berwaspada sepanjang masa, terutama ketika mendaki ke Panalaban,” kata Julaimin Kamin, dari Substesen Panalaban, Taman Kinabalu menerusi perkongsian Sabah Park di Facebook.


Tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sedang giat dijalankan bagi memastikan laluan selamat.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page