top of page

Pendakwaan Diteruskan - AGC

  • nabalunews
  • Aug 19, 2025
  • 1 min read

19 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan yang dikaitkan dengan pertuduhan buli dalam kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.


Semua remaja berusia bawah 18 tahun itu dijadual dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, di sini, esok.


Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Mohd Dusuki turut mengesahkan pendakwaan juga diteruskan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).


Terdahulu, peguam keluarga arwah Zara Qairina memohon pendakwaan terhadap lima remaja terbabit dalam kes buli itu ditangguh sementara.


Peguam Hamid Ismail dalam kenyataannya sebelum ini mahu pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.


Ia berikutan pertuduhan dicadangkan iaitu Seksyen 507C (1) dianggap terlalu ringan, tidak sepadan dengan tragedi yang berlaku.


Selain itu, ia juga bagi mengelakkan berlakunya ‘double jeopardy’ daripada diguna pakai pada masa depan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page