top of page

Penduduk 3 kampung terjejas banjir di Sepanggar menerima sumbangan CSR Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

  • nabalunews
  • Aug 2, 2024
  • 1 min read

1 Ogos 2024


SEPANGGAR : Penduduk tiga kampung di Sepanggar yang terkesan akibat musibah banjir baru-baru ini menerima sumbangan berupa bakul makanan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar, Datuk Wong Thien Fook yang juga Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertempat di Kampung Pomotodon baru-baru ini.


Sumbangan disampaikan kepada 25 wakil penduduk dari Kampung Pomotodon, Kg.Malaka dan Kg.Dambai yang terjejas akibat banjir.


Program ini adalah sejajar dengan misi CSR SKM untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page