PENDUDUK KADAMAIAN TEGUR UPPM KADAMAIAN KELUAR SURAT ARAHAN PENGGUNAAN DEWANPENDUDUK KADAMAIAN TEGUR UPPM KADAMAIAN KELUAR SURAT ARAHAN PENGGUNAAN DEWAN
top of page
  • nabalunews

PENDUDUK KADAMAIAN TEGUR UPPM KADAMAIAN KELUAR SURAT ARAHAN PENGGUNAAN DEWAN


8 Mac 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian hari ini menyatakan perasaan kurang senang dan kecewa apabila Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan dewan oleh parti pembangkang.


Surat tersebut yang ditandatangani oleh PPM Kadamaian, Demis Rumanti melarang penggunaan dewan, mini dewan dan balai raya untuk kegunaan berpolitik parti pembangkang.



Bagaimanapun, kebanyakan penduduk menyatakan kemarahan kerana surat sedemikian tidak pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini, malah parti pembangkang ketika itu seperti PBS, STAR dan UMNO dibolehkan menggunakan kemudahan tersebut tanpa sebarang sekatan.


Mereka turut bertanya samada surat arahan tersebut merupakan pendirian semasa oleh Kerajaan Negeri hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.


Tidak kurang banyak juga yang memperli Demis kerana tindakan tersebut disifatkan diktator dan membelakangkan Pejabat Daerah Kota Belud.


Malah, ramai yang berpendapat surat tersebut hanya menambahkan kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini yang masih bergelut mengatasi isu sebenar seperti kesan pandemik Covid-19.


Dalam pada itu, penduduk Kadamaian merakamkan penghargaan kepada usaha yang dibuat oleh Wakil Rakyat Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang telah berjaya mendapatkan peruntukan Kerajaan untuk membina dewan utama Kadamaian Square serta banyak dewan serbaguna dan dewan terbuka di seluruh Kadamaian dalam tempoh dua tahun, 2018-2020.


bottom of page