Penduduk kampung puji kesungguhan Madius, bantu selesai masalah airPenduduk kampung puji kesungguhan Madius, bantu selesai masalah air
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Penduduk kampung puji kesungguhan Madius, bantu selesai masalah air


Dari kiri ke kanan: Crispin, Jaimis dan Janius

11 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


TUARAN: Penduduk kampung memuji kesungguhan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau membantu mereka menyelesaikan masalah bekalan air.


Seorang penduduk Kampung Logub, Crispin Tanggaron, 60 berkata, usaha Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu menunjukkan kewibawaan seorang pemimpin berjiwa rakyat.


“Selama ini tiada wakil rakyat yang naik sendiri melihat sumber air graviti. Hanya Datuk Madius saja sampai di mata air untuk membantu kami mengatasi masalah air.


“Sebelum ini Datuk Madius pernah memberikan kami tangki di setiap rumah tapi masalah air yang dihadapi masih belum dapat diselesaikan. Kami berterima kasih dengan lawatan ini, masalah bekalan air kami akan bakal diatasi,” katanya.


Madius meredah hutan dan berjalan kaki hampir dua jam untuk melihat sendiri sumber mata air bagi tujuan bekalan air graviti di tiga buah kampung kawasan Tuaran, iaitu Kampung Longkou Baru, Kampung Logub dan Kampung Kotunuan Baru.


Seorang lagi penduduk kampung Longkou Baru, Janius Japar, 50 mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan Madius.


Katanya, apabila siap nanti bekalan air itu mampu menampung keperluan kira-kira 500 pennduduk di kampung tersebut.


Jaimis @ Charles Muyat, 70, bersyukur dan berterima kasih kerana Madius hadir sendiri melihat masalah yang dihadapi penduduk kampung.


“Sebelum ini, Datuk Seri sudah memberikan peruntukkan untuk sumber air graviti ini tapi masih belum dapat menampung keperluang penduduk. Diharap dengan langkah penyelesaian yang diambil kali ini, saya fikir masalah ini akan mampu diatasi,” katanya.


bottom of page