Penduduk kampung terjejas banjir terima sumbangan air mineral dari PUNSPenduduk kampung terjejas banjir terima sumbangan air mineral dari PUNS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk kampung terjejas banjir terima sumbangan air mineral dari PUNS


20 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) telah mengagihkan sebanyak 750 katon air mineral kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di beberapa buah kampung di Penampang dan Papar.


Pengagihan air mineral tersebut merupakan sebahagian daripada Misi Bantuan Banjir 1,000 katon air oleh PUNS yang telah pun dilancarkan sejak awal bulan Oktober ini di samping membantu dalam kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir.


Setakat ini, persatuan itu telah menghantar 750 katon air mineral berukuran 1.5 liter tersebut ke Kampung Sugud, Penampang, Kampung Labak, Kinarut dan Kampung Bisuang Kaiduan, Kinarut Papar dalam tempoh empat minggu selepas misi bantuan dilancarkan.

Menurut persatuan itu, air mineral tersebut akan diagihkan kepada penduduk sekitar kawasan kampung yang masih memerlukan sumber air bersih sementara bekalan air yang terputus akibat banjir sedang dalam kerja-kerja pembaikan.


Difahamkan baki 250 katon air mineral 1.5 liter tersebut akan dihantar dan diagihkan di Kampung Sugud, Penampang pada hujung minggu ini.


Turut sama dalam menjayakan perjalanan misi bantuan PUNS ialah Tung Fatt Youth Lion Dance Association, Surelog 4x4 Kota Marudu, Team You Matter, The Male-Efficient, sukarelawan, dan ahli-ahli PUNS termasuklah mantan Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah.


PUNS turut merakamkan penghargaan kepada semua para penderma budiman dan sukarelawan yang telah menyumbang, menyokong serta melibatkan diri dalam khidmat bakti dalam Misi Bantuan Banjir tersebut.

bottom of page