top of page
  • Wartawan Nabalu News

Penduduk kampung terpaksa keluar duit sendiri baiki jalan Kg Longgom Besar


Sumber: Twitter Risma Robin

26 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUDAT: Penat menunggu tindakan kerajaan, penduduk Kampung Longgom Besar, di sini mengambil inisiatif sendiri bergotong-royong membaiki kerosakan jalan berkenaan.


Penduduk kampung terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli barangan dan peralatan bagi membaiki kerosakan jalan itu.


Melalui ciapan Twitter Risma Robin, salah seorang penduduk di situ, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin sudah dimaklumkan mengenai keadaan jalan itu beberapa bulan lalu.

Sumber: Twitter Risma Robin

“He (Bung Moktar) said he’ll look into it (Beliau kata beliau akan meneliti perkara ini),” katanya dalam ciapan itu.


Namun, penantian berbulan-bulan dengan harapan kerajaan akan membaiki kerosakan jalan itu amat mengecewakan.


Kerosakan jalan raya itu semakin hari semakin teruk, menyebabkan penduduk kampung mengeluarkan duit sendiri untuk membaikinya.

Sumber: Twitter Risma Robin

Menurut Risma, pelbagai cara dilakukan penduduk kampung termasuk meletak batang pisang dan kayu ke atas permukaan jalan yang berlubang tetapi kaedah itu bukan penyelesaian yang efisien, jalan raya akan kembali ke keadaan asal.


“Orang lain dapat RM100 juta – hanya untuk seorang. Kenapa? Orang kampung saya tidak cukup manusia kah untuk menerima bantuan @MyKinabatangan? Berapa lama sudah tu? Why is this still happening?

“Bagi orang kampung kan, kasih keluar duit sendiri atur jalan… RM100 tu rasa berjuta-juta, kamu tahu kah?” kata Risma melalui Twitternya.


Risma berkata, walaupun tiada sebarang usaha yang diambil kerajaan untuk memperbaiki jalan itu, penduduk kampung tetap bersangka baik terhadap kerajaan. Mereka beranggapan bahawa kerajaan kekurangan dana akibat pandemik Covid-19.


(@MyKinabatangan adalah nama akaun Twitter Bung Moktar).

bottom of page