top of page

Penduduk Kampung Tinura terputus jalan perhubungan

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

5 Januari 2026


KEMABONG: Penduduk Kampung Tinura terputus jalan perhubungan ke Pekan Kemabong dan Tenom berikutan runtuhan bahu jalan akibat hujan lebat yang berterusan sejak malam Ahad.


Penduduk kampung, Usup Antawor berkata, setakat ini terdapat kira-kira sepuluh runtuhan di jalan kampung berkenaan.


Katanya, ia menyebabkan jalan berkenaan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan sehingga ke persimpangan jalan Bakuku.

ree

"Selain terputus jalan perhubungan, talian komunikasi dan bekalan elektrik juga turut terputus kerana terdapat beberapa tiang elektrik yang jatuh akibat runtuhan tanah.


“Malah penduduk kampung terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk mendapatkan talian perhubungan komunikasi,” katanya.


Menurutnya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mula melakukan kerja-kerja pembersihan runtuhan selepas rombongan Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin bersama Pegawai Daerah Tenom Alexander Liew.


Usup berkata, selain berhadapan masalah terputus jalan perhubungan, penduduk Kampung Tinura juga berhadapan dengan masalah banjir kilat yang menyebabkan beberapa rumah terjejas.


Katanya, banjir kilat di kampung itu berlaku apabila terdapat runtuhan tanah tebing sungai yang menghalang aliran sungai sehingga melimpah di kawasan kampung.


Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin ketika dihubungi berkata, pihaknya bersama Jawatankuasa Bencana Daerah Tenom telah mengambil tindakan susulan selepas meninjau kejadian itu.


Katanya, sejak petang Isnin pihak JKR sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan runtuhan.


"Sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan selasai kita akan hantar dan salurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir kilat termasuk Kampung Bakuku" katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page