top of page

Penduduk Kg Loputung lega jalan ke tanah perkuburan dibersihkan

  • nabalunews
  • Oct 3, 2024
  • 1 min read

3 Oktober 2024


TAMPARULI: Penduduk Kampung Loputung di Tamparuli menarik nafas lega apabila jalan ke tanah perkuburan yang sebelum ini tertutup akibat tanah runtuh telah berjaya dibersihkan, memudahkan akses penduduk setempat.


Usaha pembersihan itu mendapat pujian daripada penduduk kampung yang amat menghargai bantuan pihak yang terlibat.


Ketua Masyarakat Kampung Loputung, Paranting Lipayan, 70, menyatakan bahawa kerja-kerja pembersihan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Ketua Bahagian PGRS N.14 Tamparuli, Datuk Alijus Sipil.


“Saya mewakili penduduk Kampung Loputung, Tamparuli mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi menghulurkan bantuan ketika kami memerlukan.”


Menurut Paranting, laluan sepanjang 1 kilometer itu sangat penting kerana ia digunakan oleh penduduk kampung terutamanya apabila berlaku kematian.


“Jalan ke tanah perkuburan yang jaraknya kira-kira 1 kilometer itu akan memudahkan penduduk untuk menggunakannya apabila berlaku kematian,” tambahnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page