top of page

Penduduk Labuan hadapi gangguan bekalan air

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 6, 2023
  • 1 min read

6 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


LABUAN: Lebih 60,000 penduduk di pulau bebas cukai Labuan menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam akibat kerosakan pam utama di Pulau Enoe.


Menurut kenyataan Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL), operasi tangki pengagihan utama Pulau Enoe terpaksa dihentikan sementara sehingga pam tersebut dibaiki sepenuhnya. Gangguan bekalan air bermula pada jam 7.30 petang Isnin (5 Jun).


Antara kawasan yang terjejas adalah Kiamsam, Kampung Bebuloh, Kampung Belukut, Kampung Sungai Buton, Kampung Sungai Bedaun, Taman Mahkota Impian, Kampung Layangan, Kampung Sungai Labu, Kampung Kilan Kasim, Pulau Akar, Kampung Bukit Kuda, Kampung Bukit Kalam, Kampung Durian Tunjong, Jalan Penghulu Tuah, Kampung Lajau, Kampung Ganggarak, Kampung Merinding, Kampung Pohon Batu, Pancur Hitam, Kampung Batu Manikar, Tanjung Kubong, Kampung Lubok Temiang dan Pohon Batu.


BBAL berkata pihaknya akan menghantar tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dan memantau tahap perkhidmatan dan tangki pengimbang. BBAL juga berharap penduduk dapat bersabar dan menggunakan air dengan berhemah.


“BBAL akan memulihkan bekalan air secara berperingkat selepas pam utama dibaiki dan operasi di tangki air pengagihan utama Pulau Enoe berfungsi,” kata kenyataan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page