top of page

PENDUDUK NABAWAN DIMINTA DAFTAR E-KASIH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 11, 2020
  • 1 min read

Hasinin, menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak di Kg. Ranau Ranau.

11 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


NABAWAN: Penduduk di daerah ini yang belum mendaftar dengan e-Kasih diminta untuk mendaftar di Pejabat Daerah Nabawan.

Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu @ Peter J.Moinjil berkata, ini penting untuk memudahkan mereka mendapatkan pelbagai kemudahan bantuan yang disediakan kerajaan.

“Saya menyeru kepada mereka yang layak dan belum mendaftar dengan e-Kasih supaya mendaftar di Pejabat Daerah Nabawan,” katanya selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Murni A, Kg.Murni B, Kg.Ranau Ranau dan Kampung Murni D, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Peter turut mengingatkan masyarakat Nabawan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Hadir sama pada program tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Hasinin Kinsin dan Pegawai Penerangan Daerah Nabawan, Asmidar Zainol.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page