- nabalunews
Penduduk Tambulion semarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan
16 Ogos 2024
KOTA BELUD: Penduduk Mukim Tambulion di sini menganjurkan pelbagai program sebagai salah satu cara untuk menjiwai sambutan Bulan Kemerdekaan, hari ini.
Bertempat di Taman Tani Bombon Tambulion Ulu, satu program untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara.
Program ini dianjurkan oleh Komuniti Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sekolah Kebangsaan (SK) Tambulion, Jawatankuasa Bombon Tambulion Ulu dan Koperasi.
Antara pengisian program adalah perarakan yang bermula dari SK. Tambulion disusuli penyerahan bendera kepada Ketua Kampung Tambulion Ulu, Tambulion Laut dan Tambulion Sorob.
Perarakan kemudiannya diteruskan ke Taman Tani Bombon Tambulion Ulu di mana upacara simbolik penyerahan bendera kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N11 Kadamaian, Saikom Watis dilangsungkan.
Program ini turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan busana tema Hari Kebangsaan dan cabutan nama bertuah.
Program ini dirasmikan oleh PPM N11 Kadamaian, Saikom Watis yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan yang juga Pengerusi Gabungan Belia Kota Belud,
2.2.Pengerusi JKKK Kg. Tambulion Ulu, Hildawatih Sikol, Pengerusi Jawatankuasa Bombon Kampung Tambulion Ulu, Bonyface Jiran, Pengerusi KRT, James Jarit ak Blayon, Ketua Kampung, Kg. Tambulion Ulu, Daiman Basinau, Pengerusi JKKK Kg. Piasau Jolyhame Saran merangkap Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, masyarakat setempat, pelajar dan peniaga.
Dalam sesi temuramah dengan media selepas itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan mencadangkan agar program patriotik seperti ini diteruskan kerana ia amat penting untuk menyematkan semangat cintakan negara di kalangan pelajar.
"Saya berharap program ini dilaksanalam dalam skala yang lebih besar membabitkan penglibatan keseluruhan belia-beliawanis dan pelajar sekolah menengah.
"Pelbagaikan pengisian program seperti memasukkan elemen bidang permotoran.
"Kita perlu menyahut seruan kerajaan Madani yang mahu semua pihak bekerjasama untuk bersatu padu dan mengukuhkan kebersamaan sesama kita memandangkan masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama," katanya.
Azuwan berkata program seperti ini memerlukan keterlibatan belia dan beliawanis memandangkan mereka adalah pemimpin pelapis akan datang.
Sementara itu Ketua Kampung, Kg. Tambulion Ulu, Daiman Basinau, dan Pengerusi KRT, James Jarit merakamkan penghargaan atas kesatuan dan kesepakatan seluruh kepimpinan ketiga-tiga kampung di mukim Tambulion, KRT dan semua yang terlibat menganjurkan dan melaksanakan program ini dengan jayanya.
"Jika pemimpin tidak aktif, komuniti akan menjadi pasif," kata mereka.
Dalam ucapan perasmiannya, Saikom berharap permuafakatan antara penduduk di 3 kampung di Mukim Tambulion akan menjadi lebih erat lagi.
Beliau juga ingin melihat program ini diteruskan pada masa hadapan.
Comments